Selangor Batal Semua Sambutan Tahun Baharu – Azmin
SHAH ALAM – Kerajaan Selangor membatalkan semua program dan sambutan menjelang Tahun Baharu sebagai menghormati dan tanda simpati kepada mangsa banjir yang teruk terjejas di beberapa negeri.
Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali, berkata Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri juga sudah mengarahkan pembatalan berkenaan yang turut membabitkan Temasya Selangor 15.
“Kita juga mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) membatalkan Karnival Jom Heboh anjuran TV3, bagi menghormati mangsa banjir,” katanya di sini, hari ini.
Karnival Jom Heboh TV3 dijadualkan berlangsung esok dan lusa di Taman Tema i-City, di sini. – BH Online
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini