Dua suspek culik, bunuh diberkas
Kuala Lumpur: Dua lelaki berusia 20-an dan 30-an ditahan di Singapura Rabu lalu bagi membantu siasatan kes culik di ibu negara pada 12 November lalusebelum dibunuh dan mayatnya dikerat empat serta ditanam di kawasan lapang belakang sebuah kilang berhampiran Kem Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA), di sini, 1 Disember lalu.
Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy berkata, dua suspek terbabit berjaya ditahan dengan bantuan Interpol bagi membantu siasatan.
Menurutnya, seorang lagi suspek masih bebas dan sedang diburu pihak berkuasa.
"Siasatan lanjut sedang dijalankan dan motif dipercayai berkaitan balas dendam atau kerana masalah dalam aktiviti pengedaran dadah namun lebih menjurus kepada dendam.
"Sebelum ini suspek utama berjaya ditahan polis sebelu mayat lelaki berusia 35 tahun itu ditemui tertanam sedalam kira-kira semeter di kawasan berkenaan," katanya.
Beliau berkata, kedua-dua suspek kini direman tujuh hari.-Harian Metro
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini