Mati Kena Tetak Dan Kelar
Georgetown: Seorang lelaki ditemui mati dengan kesan tetakan di leher dan kelar di badan dalam kejadian di sebuah tokong di Taman Metropolitan, Relau, di sini, 10.40 pagi ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, mangsa berusia 30-an itu ditemui dalam keadaan berlumuran darah oleh orang awam melalui kawasan itu sebelum melaporkannya kepada pihak polis.
"Identiti mangsa belum dapat dipastikan lagi, hasil siasatan awal kami percaya suspek adalah lebih dari seorang individu.
"Kami turut dibantu Unit Anjing Pengesan (K-9) untuk mengesan sebarang petunjuk serta senjata digunakan ketika menyerang mangsa," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.-Harian Metro
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini