Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Refluks asid punca Obama sakit kerongkong

No Comment


BETHESDA, Maryland – Refluks asid menjadi punca Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mengalami sakit kerongkong yang berlanjutan sejak beberapa minggu lalu, kata White House kelmarin.

Refluks asid berlaku apabila asid perut melimpah ke esofagus dan kadang-kadang mulut pesakit.

Keputusan tersebut diketahui selepas Obama kembali daripada menjalani pemeriksaan perubatan di Pusat Kebangsaan Rawatan Tentera Walter Reed di sini kelmarin.

Pemeriksaan imbasan CT mendapati keadaan kesihatan Presiden berkenaan adalah normal. Obama, 53, berada di hospital itu selama setengah jam.

Imbasab CT itu dilakukan selepas Obama diperiksa oleh seorang pakar telinga, hidung dan tekak di White House dengan dipantau oleh pengarah Unit Perubatan White House, Dr. Ronny L. Jackson.

“Pemeriksaan kabel optik mendapati terdapat tisu lembut yang bengkak di kerongkong Obama,” kata Jackson.

“Simptom beliau konsisten dengan radang tisu yang disebabkan oleh asid refluks akan diberikat rawatan berkaitan,” tambahnya. - AP
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli