Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lima ladang ternakan di Kanada diserang wabak selesema burung

No Comment


VANCOUVER, British Columbia – Sebanyak tujuh negara menguatkuasakan sekatan ke atas ternakan ayam itik dari Kanada selepas ladang penternakan kelima di Lembah Fraser, dalam negeri British Columbia dikuarantin akibat selesema burung, kata beberapa pegawai kelmarin.

Agensi Pemeriksaan Makanan Kanda menyatakan, lebih 140,000 ayam belanda dan ayam yang terkena jangkitan selesema itu akan dihapuskan.

Menurut agensi berkenaan, ladang penternakan kelima itu dikuarantin selepas seorang penternak melaporkan tentang kematian luar biasa melibatkan ayam belanda miliknya.

“Ladang kelima itu menyimpan kira-kira 60,000 ekor ayam belanda,” kata ketua veterinar British Columbia, Dr. Jane Pritchard.

Selesema burun dikesan buat pertama kali di Kanada seminggu lalu melibatkan sebuah ladang ternakan ayam di Chilliwack. Ladang ternakan itu menempatkan sekitar 7,000 ekor ayam.

Dalam pada itu, pihak berkuasa Kanada menyatakan, tiada kes jangkitan manusia melibatkan virus itu dilaporkan di Kanada setakat ini.

Wabak selesema burung di British Columbia mendorong sekurang-kurangnya tujuh negara termasuk Amerika Syarikat, Jepun, Korea Selatan, Taiwan dan China. – AP
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli