Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Harga Bahan Api Kekal Untuk April

No Comment


KUALA LUMPUR: Harga runcit RON95, RON97 dan diesel bagi April 2015 kekal pada harga bulan Mac, demikian menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selasa.

Sehubungan itu, harga RON95 tidak berubah pada RM1.95 seliter, RON97 pada RM2.25 seliter, dan diesel pada RM1.95 seliter.

Ia akan berkuat kuasa mulai 12.01 pagi, 1 April, kata jurucakap kementerian itu ketika dihubungi Bernama.

Namun begitu, menurut jurucakap itu, RON97 tidak dikecualikan daripada Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP) sebanyak 6.0 peratus.

CBP akan dilaksanakan mulai Rabu. - mStar Online
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

    Loading...
    ©2014 Siakapkeli