Kapal nelayan Malaysia diledakkan oleh Kepolisian Daerah (Polda) Sumatera Utara (Sumut), di wilayah Laut Belawan, Medan, Sumut, pada Khamis lalu. |
Langkah itu berupaya mengurangkan risiko pencerobohan ke perairan asing, sekali gus menjamin sumber perikanan dan mengekalkan hubungan baik antara dua negara.
Pengerusi Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT), Mohamad Dolmat, berkata setiap hari, ratusan bot nelayan laut dalam tempatan terdedah dengan ancaman memasuki perairan asing tanpa sedar berikutan persempadanan baharu tidak diiktiraf pihak berkuasa Indonesia. - BH Online