Suami Sabit Kepala Isteri Kerana Tidak Masak
INDIA: Hanya kerana tidak menyediakan makan malam untuk suaminya, seorang wanita dipotong kepala ketika sedang tidur oleh si suami.
Suaminya, Rintu Karmakar, berusia 60 tahun bertambah marah apabila mengetahui yang isterinya tidak melakukan sebarang kerja rumah.
Setelah itu dia mengambik sebilah kapak untuk memenggal kepala isterinya namun gagal kemudiannya menggunakan sabit dan menyabit kepada wanita itu.
Selepas itu dia dengan tenangnya memasak dan makan terlebih dahulu sebelum mencampak kepala isterinya itu ke dalam trak untuk dibawa ke balai polis.
Ketika di balai polis, dia telah membuat pengakuan, “Saya bekerja sepanjang hari dan apabila saya balik ke rumah, dia sedang tidur akibat mabuk,’’
Menurut pihak polis, Rintu kelihatan sangat tenang ketika di balai polis.
Melihat kepada cara Rintu, pada awalnya Polis meragui bahwa Rintu telah membunuh isterinya namun mereka percaya setelah Rintu menunjukkan kepala isterinya.
Kini, Rintu ditahan dalam lokap untuk siasatan. - Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini