Selebriti-selebriti tempatan kita sememangnya membuatkan kita tidak bosan dengan media cetak mahupun media online. Apa tidaknya, ada sahaja perkara-perkara yang menarik perhatian umum terhadap mereka. Tak kisahlah dari sudut kontroversi dan sebagainya.
Bagaimanapun dalam asyik-asyik mengikuti perkembangan mereka, system enjin carian Google sebenarnya ada merekodkan statistik setiap carian berdasarkan kata kunci seperti nama selebriti tersebut.
Sebuah portal, Ohbulan dengan berdasarkan statistik dari enjin carian Google, berikut adalah senarai 10 selebriti tempatan yang paling popular. ─ Siakapkeli.com.my
1. Felixia Yeap Masuk Islam
Gadis mualaf ini mula menjadi perhatian apabila dia berhijrah daripada seorang supermodel majalah ‘Playboy’ kepada seorang model muslimah.
Walaupun banyak kritikan yang diterima, Felixia Yeap ataupun nama Islamnya Raisyyah Rania tetap istiqamah dalam penghijrahannya.
2. Hanez Suraya Kena Blacklist Sebab Cinta Suami Orang
Disebabkan bercinta dengan suami orang, nama Hanez Suraya dilihat menjadi selebriti yang paling dicari menerusi google untuk tahun 2014.
Malah, disebabkan isu tersebut, pelakon jelita bukan sahaja dikecam oleh rakyat Malaysia, malah dia telah di’blacklist’ oleh ramai pengarah dan penerbit filem.
3. Keith Foo Laku Sebab Ariana Rose
Lakonannya dalam drama ‘Ariana Rose’ sebagai Tengku Adam Kamil ternyata memberi kesan mendalam di jiwa peminat. Malah, drama tersebut juga berjaya dinobatkan sebagai drama kedua paling banyak dicari menerusi Google pada tahun 2014. Cayalah!
4. Sharifah Aini Meninggal Dunia
Malaysia bagaikan kehilangan sebutir permata apabila Allahyarham primadona Sharifah Aini disahkan meningal dunia pada 5 Julai yang lalu.
Dikatakan meninggal dunia akibat jangkitan pada paru-paru, Allahyarham telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara pada hari yang sama.
5. Erra Fazira Cerai Talak Satu
Pada bulan Februari yang lalu, Erra Fazira dan Engku Emran telah bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah. Mahkamah juga memberikan hak penjagaan anak tunggal mereka, Engku Aleesya kepada bekas suaminya.
Yeah. Perkahwinan pelakon jelita ini dengan Datuk Paduka Gurmet (Gmix) Singh boleh diiktiraf sebagai ‘Wedding Of The Year ‘. Mana taknya, Eina menerima wang hantaran sebanyak RM77,000 dan sebuah kereta Chevrolet d hari bahagianya itu.
7. Wak Doyok & Misai Berpisah Tiada
Terkenal dengan #AkuYangPakaikoYangPanas, Wak Doyok adalah ikon fesyen Malaysia paling meletop 2014 dengan menampilkan pelbagai rekaan unik pada busananya. Eh! Jangan lupa Wak Doyok memang signifikan dengan misai melentiknya itu.
8. Puteri Sarah Liyana Kahwin Syamsul Yusof
Setelah selamat bergelar isteri kepada pengarah terkemuka, Syamsul Yusof pada bulan Mac yang lalu, pelakon cantik ini kini dilihat senyap daripada industri. Yelah, mesti nak fokus kepada rumahtangga pula kan?
9. Tasha Shilla Berasmara Dalam Toilet?
Pelakon yang mempunyai tubuh mengiurkan ini memang tak henti dihambat kontroversi. Yang paling panas tentulah gosip yang mengatakan bahawa dia dan teman lelakinya berasmara dalam bilik air di lokasi penggambaran. Pelik!
10. Joyce Chu Malaysia Chabor Paling Cun!
Percaya atau tidak, muzik video ‘Malaysia Chabor’ telah berjaya memperolehi lebih daripada 7 juta tontonan dalam youtube! Joyce Chu juga adalah ahli kepada RED People di bawah kelolaan rapper, Namewee.
Top 10 Selebriti Malaysia Paling Trending Di Google 2014
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini