Seorang lelaki berasal dari Jepun telah menjelajah keseluruh negaranya sejauh 7,000 kiometer semata-mata untuk melukis perkataan 'Marry Me' menggunakan GPS untuk melamar teman wanitanya.
Lelaki tersebut, Yasushi Takahashi, atau lebih dikenali sebagai Yassan telah meredah pelbagai rintangan termasuk kawasan kampung,pekan kecil,sungai dan pelbagai agi semata-mata untuk merealisasikan perkara tersebut.
Beliau telah mengambil masa selama 6 bulan dengan kebanyakkan berjalan kaki dan ada kalanya menggunakan kereta, feri dan basikal.
Beliau telah merancang awal lagi lokasi yang akan dilalui untuk membentuk lukisan tersebut sebagai satu tanda yang unik untuk melamar kekasihnya dan mengghasilkan video yang berdurasi 7 minit mengenai perjalanannya sehingga berjaya.-Siakapkeli.com.my
Dalam perjalanan ini teah melibatkan 7 fasa untuk menyiapkan perkataan tersebut dan beliau teah bermula dangan menghasikan bentuk hati di Pulau Hokkaido dab berakhir di Pulau Kyushu.
Video terbut yang bertajuk Walkumentary menunjukkan beliau pelbagai pengalamannya ketika bergerak seperti kawasan makanan laut, kawasan kolam air panas, mendaki gunung fuji dan pelbagai lagi. Selain itu untuk meihat karyanya ada boleh tengok di SINI.
Sungguh epik dan terbaik apa yang di lakukan lelaki ini hanya kerana ingin melamar kekasihnya. Jarak keseluruhan lukisan perjalanannya telah melayakkan beliau memegang rekod Guiness lukisan GPS terbesar merangkumi 7,164km panjang.- Siakapkeli.com.my