Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

10 Minit Digigit Kura-Kura

No Comment

Beijing: Seorang lelaki mabuk mendakwa dirinya boleh memakan kura-kura hidup, tetapi sesuatu yang tidak dijangka berlaku apabila kura-kura itu terlebih dulu mengigitnya.

Lelaki itu berkeliaran di sebuah pasar di Beijing dalam keadaan terhoyong-hayang apabila berhenti di depan sebuah gerai ikan dan cuba memakan seekor kura-kura hidup.

Kura-kura itu bagaimanapun menggigit bibirnya terlebih dulu dan melepaskan gigitan itu 10 minit kemudian.
Orang ramai datang menghampirinya, tetapi tiada yang dapat membantu.
Menurut laporan, lelaki itu berusia sekitar 40-an dan memelihara kura-kura di rumahnya.

Dia dikatakan sering bermain dengan kura-kura peliharaannya dengan meletakkannya pada mulutnya.
Malangnya, kura-kura di pasar itu tidak berminat untuk bergurau seperti kura-kura peliharaan lelaki itu.

Pemilik gerai berkenaan berkata: “Kura-kura yang dipeliharanya mungkin kecil. Ia sesuai untuk dipelihara. Tetapi, yang saya jual, besar. Ia untuk dimasak. Kami juga sangat berhati-hati apabila memegangnya kerana tidak mahu digigit.”

Ini bukan kali pertama kejadian seumpama itu berlaku. Mac tahun lalu, seorang lelaki di Fuji dimasukkan ke hospital selepas bibirnya bengkak teruk gara-gara digigit kura-kura. - Agensi
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli