2 janin disyaki kembar ditemui terapung di laut
SANDAKAN: Dua janin yang disyaki kembar ditemui di kawasan laut Kampung Air Jalan Bokara dekat sini, Isnin.
Pemangku Ketua Polis Daerah Sandakan, Supritendan Fadzil Mohd Ali berkata, kedua-dua janin berkenaan bersifat perempuan dan berumur dalam lingkungan enam atau tujuh bulan yang ditemui pada jarak satu kilometer antara satu sama lain.
Beliau berkata, janin pertama ditemui kira-kira pukul 9.20 pagi terapung di atas air laut di bawah Jambatan 5, manakala satu lagi ditemui di persisir pantai Jambatan 1 sejam kemudian.
Kedua-duanya telah dibawa ke Hospital Duchess Of Kent.
Fadzil meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes ini agar menyalurkannya kepada polis di talian 089-212222 atau 089-242222.-mStar Online
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini