4 Sebab Kenapa Apple Watch Mungkin Akan Gagal
Adakah manusia memerlukan peranti boleh pakai?
Jawapan pendeknya, para penganalisis masih belum dapat mengagak sama ada peranti itu akan menjadi keperluan ramai walaupun Apple sudah pun mula menceburkan diri ke dalam peranti tersebut yang bakal menemui pengguna pada bulan April ini.
Sekiranya Apple gagal mempopularkan konsep jam pintar ini, bermakna keseluruhan konsep tersebut tidak akan berjaya dalam industri teknologi. Walau bagaimanapun, para penganalisis juga tidak bersetuju dengan teori ini.
Disini kami bawakan lima sebab yang memungkinkan Apple Watch tidak akan menjadi sehangat saudaranya, iPad yang berjaya membawa Apple ke puncak di dalam industri teknologi.
Tidak Siapa Yang Mahukan Jam Pintar
Penganalisis terkenal seperti Piper Jaffray mendapati produk terbaru dari Apple ini kurang mendapat sambutan.
Apabila Apple mengumumkan tentang jam tersebut pada September 2013, Piper Jaffray telah menjalankan satu survey yang mana menunjukkan hanya 10% daripada responden mahu membeli peranti ini.
Jumlah itu bagaimana pun turun kepada 7% pada Disember 2014 menurut hasil survey terbaru dari penganalisis tersebut.
Harga Yang Mungkin Tidak Berpatutan
Peranti tersebut dianggarkan akan dijual pada harga sekitar £300(RM1650) setelah dilancarkan, menurut Mac World.
Jika dibandingkan dengan kompetitor lain, contohnya Samsung atau Sony, harga ini boleh dikatakan berganda-ganda lebih mahal.
Jangka Hayat Bateri Mungkin 'Sampah'
Penganalisis JP Morgan telah mengeluarkan satu laporan yang mengatakan peranti terbaru itu mungkin hanya akan bertahan selama sehari.
'Setelah memakai beberapa jam pintar selama setahun, kita dapat lihat jangka hayat bateri menjadi ciri utama untuk sebuah peranti boleh pakai', kata JP Morgan di dalam laporan tersebut.
Ianya Sama Seperti Jam Pintar Lain - Dan Mereka Tidak Popular
Tidak seperti iPhone, Apple Smart Watch dilihat sama sahaja seperti pesaing-pesaingnya. Dan kita boleh lihat pesaing-pesaingnya tidak mendapat tempat di hati pengguna.
Menurut satu survey dari NPD(www.npd.com), hanya 2% dari pengguna memiliki Smart Watch. - Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini