Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Azmin Disindir keliru tugas pemerintah dan pembangkang

No Comment


Adun Sungai Burong, Datuk Shamsuddin Lias yang menemplak dan menyindir Menteri Besar Selangor, Azmin Ali  dengan mengatakan MB Seangor itu keliru dengan kenyataan ayng dibautnya apabila mengatakan BN tidak berminat untuk bersama memimpin rakyat kerana tidak mahu mengisi jawatan ketua pembangkang di negeri itu.

Baliau berkata keengganan BN yang tidak mengisi jawatan tersebut adalah tidak mempunyai sebarang kaitan dengan tugas memimpin rakyat kerana tugas memimpin rakyat adalah tugas mutlak pemerintah di sesebuah negeri tersebut dan bukannya ketua pembangkang.

“Azmin sendiri dah keliru dengan apa yang dikatakan, sebab tugas untuk membangunkan dan memimpin rakyat adalah tugas pemerintah, bukan tugas ketua pembangkang.

“Jadi apa pula kaitannya kalau kita tak mengisi jawatan ketua pembangkang itu, kerana tugas kita sebagai wakil rakyat tetap dijalankan seperti biasa. Jadi tuduhan itu sendiri dah tak betul,” katanya yang dipetik dari bnbbc.my.

Sebelum ini Azmin telah mempersoalakn sikap BN yang dikatakan menidakkan hak mereka dalam membangunkan negeri Selangor.

Menurut Azmin, BN seharusnya memainkan peranan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) kerana ia adalah kepentingan rakyat, bukan kepartian.

Namun jelas Shamsuddin, ia bukan suatu isu yang besar kerana Peraturan DUN tidak mewajibkan jawatan ketua pembangkang itu diisi.

“Banyak lagi perkara lain yang perlu dibangkitkan, bukan isu isi atau tidak jawatan ketua pembangkang.

“Kita macam mana pun akan tetap memberikan kerjasama yang baik dengan kerajaan negeri untuk memimpin rakyat. Sebagai pemimpin, hal-hal yang kecil ini usahlah dijadikan isu yang sangat berat,” katanya lagi.-Siakapkeli.com.my

Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli