Selain cuaca yang dikatakan tidak menentu kehadiran objek-objek bersejarah ini telah mengganggu perjalanan mengesan bangkai pesawat AirAsia yang terhempas tersebut.
Menurut cerita pegawai Badan Pencarian dan Penyelamat Nasional (Basarnas), S.B. Supriyadi. misi menjejaki pesawat malang tersebut turut dikelirukan dengan penemuan tidak sengaja banyak bangkai kapal perang lama.
“Ia menyebabkan kerja pencarian mungkin ambil masa sedikit kerana pasukan Basarnas pada mula menyangka sudah jumpa bangkai QZ8501 namun selepas diteliti ia bukan pesawat berkenaan tetapi kapal-kapal lama zaman Perang Dunia Kedua,” ujarnya.
Secara kebetulan lokasi pesawat AirAsia QZ8501 itu telah terhempas di kawasan kubur tempat karamnya pelbagai jenis kapa milik tentera laut dizaman perang dunia kedua.
Ini termasuk antaranya lima buah kapal perang masing-masing dari Amerika Syarikat (AS), Australia, British, Belanda dan Jepun yang dipercayai karam pada 27 Februari 1942 ketika mereka bertarung dan menyaksikan 2,300 kelasi tentera laut terkorban.
Sejarah juga mencatatkan satu lagi rekod pertempuran hebat pernah meletus di perairan Laut Jawa pada 1 Mac 1942 yang mengakibatkan tiga buah kapal perang milik AS dan British selain sebuah kapal pemusnah dari tentera laut Jepun hancur tenggelam.
Salah satu bangkai kapal selam lama didakwa milik Nazi di Laut Jawa
Pada November 2013 lalu, sekumpulan penyelidik arkeologi Indonesia turut mencipta kejutan apabila menemui sebuah kapal selam milik tentera laut Jerman, U-168 yang dipercayai karam setelah ditembak sebuah kapal selam Belanda sekitar tahun 1944.
Pakar sejarah tentera laut AS bersama-sama penyelam tentera laut Indonesia pada tahun lalu pernah menjumpai banyak bangkai kapal perang lama tahun 1942 termasuk ratusan mayat lengkap dengan berpakaian kelasi di dasar perairan tersebut.-Siakapkeli.com.my