Seorang Wanita Diarah Turun Semula Dari Kapal Terbang Kerana Bawa Babi
Bayangkan anda menaiki pesawat dan tiba-tiba ada seorang penumpang anda membawa seekor babi naik ke dalam kapal terbang tersebut dan haiwan tersebut mengeluarkan bunyi bising.
Kejadian ini terjadi atas sebuah pesawat American Airlines dimana krew pesawat tersebut terpaksa menyuruh pemilik haiwan tersebut, Hobie supaya turun dari pesawat kerana binatang tersebut dilarang dibawa naik kedalam kapal terbang.
Selain itu, haiwan perliharaan Hobie itu juga dikatakan mula membuang air besar di lorong kabin tidak lama selepas ia menaiki pesawat.
Seorang penumpang Encik Phelps, 65, mendakwa babi itu menjerit tiga kali lebih kuat daripada seorang kanak-kanak dan menceritkan bahawa wanita tersebut bercakap dengan babinya seolah-olah ia seorang manusia.
‘Ia adalah sesuatu yang tidak masuk akal, pesawat tersebut sudah mula berbau."
Kejadian ini telah dikongsikan oleh penumpang pesawat tersebut di twitter mereka.-Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini