Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pihak MCMC Panggil Lagi 14 Orang Sebar Berita Palsu Untuk Siasatan

No Comment


CYBERJAYA: Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) semalam telah memanggil 14 orang lagi mereka yang diperayai telibat dalam penyebaran berita palsu berkaitan banjir yang melanda beberapa negeri baru-baru ini selepas meminta lapan individu untuk tampil memberi keterangan kerana penyebaran berita palsu sebelum itu.

Pada awalnya hanya tiga kes penyebaran berita palsu yang dikenalpasti iaitu berita palsu tentang keruntuhan Pusat Pemindahan Sekolah Manek Urai, berita palsu mengenai kerajaan menyembunyikan fakta kematian ramai mangsa banjir, dan berita palsu kematian di Guchil yang dipetik sumber kononnya daripada sebuah stesen berita.

Tetapi setakat sekarang sebanyak 10 berita palsu yang tersebat dan pihak MCMC sedang berusaha untuk mengesan individu yang bertanggungjawab menjadi pemula menyebarkan perkara ini.

"Beberapa individu yang terlibat telah diminta untuk memberi keterangan di pejabat MCMC kelmarin dan semalam. Sebaik sahaja individu-individu ditentusahkan keterlibatan, mereka akan diminta untuk tampil dengan kadar segera,” kata Pengerusi MCMC, Dato’ Mohamed Sharil Tarmizi.

Menurut beliau lagi, jumlah individu yang akan dipanggil berkemungkinan akan bertambah kerana siasatan sedang giat dijalankan oleh MCMC.

“Jangan berkongsi berita dalam keadaan beremosi kerana ianya hanya akan memburukkan keadaan. Periksa dahulu kesahihan berita tersebut sebelum berkongsi dan memaparkannya dalam aplikasi pesanan dan media sosial,” tambah beliau.

Orang ramai dinasihat untuk berhenti menyebarkan perkara berikut yang sedang dalam siasatan.

1. Sepuluh orang sekeluarga terperangkap dalam rumah mati lemas di Guchil, Kelantan yang dipetik sumber kononnya daripada sebuah stesen berita.

2. Keruntuhan pusat pemindahan Sekolah Manek Urai.

3. Kerajaan menyembunyikan fakta ramai orang mati lemas kerana banjir.

4. Pintu empangan di Selatan Thailand dibuka dan menyebabkan banjir di Kelantan.

5. Bantuan daripada NGO untuk mangsa banjir tak sampai.

6. Mayat kanak-kanak dikeluarkan daripada lumpur yang dikatakan mangsa banjir di Kelantan.

7. Helikopter TUDM terpaksa disewa untuk keluar pesakit dari Hospital Kuala Krai.

8. Seorang wanita terjun dari sekolah ke dalam air.

9. Bantuan disekat oleh pihak berkuasa.

10. Bantuan diterima oleh orang BN sahaja.-Siakapkeli.com.my


Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli