Xiaomi Redmi 1s Dengan Dual Lte Sim Akan Diperkenalkan 4 Januari Nanti?
Ada ura-ura mengatakan Xiaomi akan melancarkan versi baru Xiaomi Redmi 1s iaitu telefon pintar paling popularnya yang dikatakan telah dikemaskini kepada Dual Lte Sim iaitu kedua-dua slot sim telefon pintar itu menyokong rangkaian LTE.
Pihak Xiaomi Malaysia semalam telah memberi sedikit petunjuk tentang perkara ini apabila menulis di laman Facebook rasmi mereka untuk pengguna di Malaysia. iaitu MI Malaysia
Dengan pos itu menunjukkan satu produk baru dalam keluarga Redmi akan dilancarkan pada 4 Februari ini dengan kebanyakkan laman web meramalkan peroduk tersebut adalah Xiaomi Redmi 1s yang telah dikemaskini.
Berdasarkan rujukan dari web GSMarena.com , Selain peranti dwi-SIM yang menyokong rangkaian 4G LTE pada kedua-dua SIM ia juga disertakan cip 64bit Snapdragon 410, memori 1GB RAM, skrin 4.7-inci, dan kamera belakang 8-megapixel
Harga yang ditawarkan untuk Xiaomi Redmi 1s sebelum ini hanyalah RM419 merupakan telefon pintar yang teramat murah berdasarkan penawaran specs tinggi yang diberikan. Bagaimanapun harga produk terbaru ini masih belum diketahui.
Apapun pasti ramai pengguna dan peminat jenama Mi akan ternanti-nantikan kehadiran produk ini yang akan dilancarkan pada ahad ini. Yang pasti harga yang ditawarkan oleh Xioami pasti amat berbaloi kerana harganya pasti murah berbanding kualiti tinggi yang ditawarkan.-Siakapkeli.com.my
Rujukan: gsmarena.com dan Mi Malaysia
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini