Dahee Dipenjara, Kumpulan GLAM Bubar
NASIB kumpulan GLAM akhirnya terjawab apabila syarikat pengurusan Big Hit Entertainment dan Source Music mengambil keputusan untuk tidak menyambung kontrak mereka.
Soompi melaporkan tindakan itu dilakukan ekoran salah seorang ahlinya, Dahee dijatuhkan hukuman penjara selama setahun selepas didapati bersalah dalam kes peras ugut terhadap aktor Lee Byung Heon pada Julai lalu.
"Kontrak GLAM secara dasarnya telah pun tamat pada akhir 2014 dan Big Hit Entertainment serta Source Music tidak akan menyambung kontrak mereka.
"Malah kesemua ahli yang tinggal mengambil keputusan untuk berpisah dan membawa haluan masing-masing," kata pihak jurucakap syarikat tersebut.
Bagaimanapun kata jurucakap itu, kesemua ahli GLAM diberi pilihan untuk terus bersama syarikat berkenaan untuk kerjaya solo namun mereka semua memilih untuk membawa haluan masing-masing. - mStar Online
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini