Perkara ini telah didedahkan oleh Akhbar MailOne. tujuan Filipina berbuat demikian adalah kerana untuk menutup imej kemiskinan di Ibu kota negara tersebut.
Sepatutnya perkara ini tidak dilakukan oleh mereka kerana berlawanan dengan tema yang di oleh "belas kasihan" yang ditekankan oleh Pemimpin agama Kristian Roman-Katolik dunia, Pope Francis.
Pope Francis dikatakan akan menjadikan Filipina destinasi seterusnya selepas melawat Sri Langka sebelum ini.
Beberapa hari sebelum ini operasi penangkapan kanak-kanak jalanan telah dijalankan oleh pihak berkuasa atas arahan kerajaan Filipina dan mereka dikurung di dalam penjara dan pusat tahanan bersama-sama penjenayah dewasa bagi mengelakkan mereka berkeliaran ketika lawatan Pope nanti.
Menurut wartawan dari akhbar MailOnline tempat tahanan kanak-kanak tersebut adalah amat kotor dan menjijikan dimana tidak sesuai untuk diduduki. Mereka hanya tidur di atas lantai semen yang sejuk.
Laporan DailyMail UK yang memetik laporan MailOnline memaklumkan ada kanak-kanak yang terpaksa digari kerana kelakukan mereka tidak dapat dikawal dan ada yang dipukul oleh tahanan lain.
Kanak-kanak ini terpaksa digari pada tiang besi kerana kelakuannya sukar dikawal di sebuah pusat tahanan di Filipina.
Kehadiran Pope Francis nanti dijangka akan diadakan besar-besaran dengan liputan siaran lansung seluruh dunia.Jika kanak-kanak ini kelihatan ia dikatakan akan memberi gambaran buruk kepada imej Filipina.
MailOnline berjaya mendapat akses ke pusat-pusat tahanan itu apabila membuat liputan lawatan Pemenang Hadiah Nobel Keamanan yang juga paderi Shay Cullen, 71, apabila dia membebaskan seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun yang kemudian diletakkan di sebuah rumah perlindungan lain. -Siakapkeli.com.my