Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

3 GAMBAR: Kepala Treler Langgar 'Billboard' Di Putrajaya

No Comment
Sumber gambar Berita Harian

Bagaikan nyawa di hujung tanduk, itulah perkara yang dialami oleh seorang pemandu treler apabila treler membawa pengorek lubang yang dipandunya melanggar papan tanda setinggi lima meter di KM 2.4 Persiaran Timur, di sini.

Kejadian kira-kira 2.40 petang itu menyebabkan papan tanda jatuh menghempap kepala treler berkenaan.

Menurut Rafi Udin, ketika itu dia dalam perjalanan membawa mesin pengorek lubang dari Presint 16 untuk ke tapak projek di Presint 17.

"Saya sudah menekan brek selepas didapati mesin pengorek yang dibawa mungkin tidak dapat lepas dari papan tanda berkenaan, tetapi disebabkan keadaan jalan yang menurun treler terus bergerak.

"Akibatnya mesin pengorek yang dibawa merempuh papan tanda dan menghempap kepala lori. Saya terkejut dan terus keluar dari lori untuk menyelamatkan diri," katanya memetik Harian Metro.

Insiden itu telah menyebabkan kesesakan lalu lintas di kawasan tersebut sebelum pihak berkuasa mengalihkan ‘Billboard’ tersebut. ─ Siakapkeli.com.my

Sumber gambar Berita Harian

Sumber gambar Berita Harian

Sumber gambar Berita Harian

Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli