Gambar Pelukis Malaysia Cetus Kontroversi
SHAH ALAM - Pelukis Malaysia, Vincent Leong yang menghasilkan karya kontroversi mempamerkan sisi belakang Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong dalam satu pameran di Singapura, bulan lalu, perlu memberi penjelasan terbuka mengenai motif beliau menghasilkan karya seperti itu.
Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat berkata, sepatutnya sebagai pelukis, banyak lagi lukisan kreatif dan positif yang boleh dilakar oleh Leong.
“Saya tidak tahu apa maksud sebenar pelukis dan penganjur.
"Sekiranya lukisan ini bertujuan untuk menghina, maka ia bakal melukakan hati rakyat Malaysia,” katanya.
Lukisan berkenaan dipamerkan di pameran seni Art Stage Singapore 2015 pada 22 hingga 25 Januari 2015 di Pusat Konvensyen dan Ekspo Marina Bay Sands, Singapura. - Sinar Harian
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini