Guru Besar Meninggal Dunia Di Majlis Persaraan
PARIT BUNTAR: Majlis persaraan seorang guru besar sepatutnya berjalan baik tetapi berakhir dengan tragis dan menyayat hati apabila dia meninggal dunia di majlis berkenaan pada Selasa.
Cheah Hock Hin, merupakan guru besar SK Tanah Kebun di Parit Buntar.
Ketika kejadian, Cheah, 60, masih berada di atas pentas sedang menonton persembahan muzikal selepas menyampaikan ucapannya pada tengah hari, sebelum jatuh pengsan.
Beberapa guru cuba untuk menyedarkannya kembali tetapi gagal. Dia dipercayai meninggal dunia kerana serangan jantung. - mStar Online
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini