Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ibu Tarik Sendiri Kembar Ketika Pembedahan Caesarean

No Comment

Australia: Menakjubkan, seorang ibu, Gerri Wolfe, 41 yang mempunyai sembilan orang anak telah menarik sendiri bayi dari perutnya ketika menajalani pembedahan caesarean untuk melahirkan bayi kembar.

Dia mengambil keputusan itu kerana bosan dengan prosedur pembedahan baisa yang dijalani sebelum ini.

Pembedahan itu bukanlah pembedahan  caesarean yang pertama kali yang dijalani olehnya, malah ianya adalah kali ke lima.

Dia terpaksa melahirkan melahirkan kembar tersebut selepas mengalami masalah pada minggu ke-36 pada kandungan tersebut.

“Saya kecewa apabila dimaklumkan perlu menjalani pembedahan lagi.

Selepas dibedah saya terpaksa berbaring di rumah sahaja sedangkan orang lain bebas bergerak.

“Justeru saya mahu melakukan sesuatu yang istimewa dan selepas membaca mengenai bantuan kelahiran ketika caesarean, maka saya tekad melakukannya,’’ katanya yang mengakui yang pada mulanya doktor enggan melakukan prosedur tersebut.

Namun, Gerri tetap bertegas sehingga doktor tiada pilihan dan pada hari pembedahannya dia dipakaikan sarung tangan dan dibius separuh badan.

“Saya tidak dibenarkan bergerak dan menyentuh atau melakukan apa-apa sehingga disuruh.

“Doktor kemudiannya menyuruh saya memasukkan tangan dalam perut dan menarik sendiri bayi saya.

“Beberapa minit kemudian saya disuruh memasukkan tangan sekali lagi dalam perut dan dengan bantuan doktor, saya berjaya menggapai kepala seorang lagi bayi kembar,’’ katanya.

Kembar yang dilahirkannya itu, Matilda 3.04kb, dan Violet 2.54kb selamat dilahirkan. Gerri berada di hospital selama seminggu untuk rawatan sebelum dibenarkan keluar. ─ Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli