Serangan Di Pusat Beli Belah, Kepala Mangsa Dipotong
China: Suatu kejadian yang mengejutkan penduduk di China apabila satu serangan telah dilakukan ke atas sebuah pusat beli belah di bandar Yan’an.
Dua orang mangsa serangan bukan sahaja dibunuh malah kepala salah seorang daripada mangsa itu dipotong manakala seorang lagi ditikam dan meninggal dunia di hospital.
Bagaimanapun, suspek yang melakukan serangan tersebut telah berjaya ditahan polis.
Menurut laporan, punca serangan itu adalah kerana perbalahan antara suspek dengan pemilik kedai di dalam pusat beli belah itu.
Pusat beli belah yang pada ketika kejadian itu dipenuhi beratus-ratus orang.
Rakaman dan gambar-gambar serangan berdarah itu kemudiannya mula terebar di internet.
Antara imej-imej yang kelihatan tersebar di ruangan internet termasuklah mayat yang bergelimpangan dan gambar seorang anggota polis memasukkan kepala yang dipotong ke dalam beg forensik. ─ Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini