Gegar Vaganza nampaknya tidak habis sampai hari itu sahaja apabila masih ramai yang bersembang mengenai program tersebut kerana pelbagai "drama"muncul dalam rancangan itu.
Di sebalik lamaran romantik Hairul Azreen kepada kekasihnya, Hanis Zalikha, ada lagi rupanya perkara hangat yang dibincangkan.
Dalam aksi berasingan di atas pentas akhir Gegar Vaganza suasana bertukar menjadi agak terkedu apabila gelagat Ifa Raziah yang membuat gimik dipeluk oleh aktor Hisyam Hamid semasa mempersembahkan lagu 'Matahari'.
Tindakan Ifa Raziah dan Hisyam Hamid tersebut telah mendapat kritikan dari Dato Rosyam Nor apabila menyifatkan persembahannya pada peringkat akhir itu tidak sesuai untuk ditonton oleh pelbagai lapisan masyarakat.
Menurut Ifa Raziah yang dipetik dari portal mStar, dia menerima teguran Rosyam dengan hati yang terbuka dan cuma berasa sedih kerana beliau sendiri merupakan seorang pelakon yang berpengalaman sepatutnya faham itu hanyalah lakonan.
"Tidak terlintas dihati saya hendak menggatal dengan Hisyam mahupun menimbulkan situasi kurang senang dikalangan penonton atau juri kerana setiap minggu saya memang tampil dengan perceritaan menerusi lakonan dalam nyanyian saya.
"Sesiapa yang mengikut program tersebut pasti tahu yang saya setiap minggu akan menyelitkan lakonan dalam persembahan saya malah ada lebih dahsyat saya buat berbanding peringkat akhir ini," katanya.
Gegar Vaganza menyaksikan penyanyi Ayai (Illusi) diumumkan sebagai juara pada acara yang diadakan secara langsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil dekat sini pada malam Ahad lalu.
Ayai berjaya menewaskan lima peserta akhir lain iaitu Ifa Raziah, Fazli Zainal, Haleeda, Rahmat (Mega) dan Mamat Exist sekali gus berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000 dan sebuah trofi.
Ifa mendapat tempat kelima dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 dan trofi.
Menurut Ifa lagi persembahan lagu 'Matahari' nyanyian asal Agnes Monica itu berinspirasikan daripada filem Frozen yang memperlihatkan dia sebagai puteri yang diselamatkan oleh putera impiannya dan ia mengakui persembahan itu mungkin nampak keterlaluan kerana kurang daat berlatih bersama Hisyam kerana masing-masing terdapat komitmen lain.-Siakapkeli.com.my