'Solat Tak Sah Jika Depan Imam'
SHAH ALAM - Kedudukan hadapan melebihi imam semasa menunaikan solat Jumaat adalah tidak sah dan jemaah perlulah sebaik-baiknya memenuhi saf di bahagian belakang imam.
Koordinator Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Prof Madya Mohd Nor Mamat berkata, jemaah perlu memastikan bahawa saf tidak terputus dan solat secara berkelompok sehingga terpisah daripada saf adalah tidak sah.
“Ramai masyarakat kita yang masih jahil dan tidak tahu bahawa keadaan itu (terputus saf) boleh membatalkan dan mengganggu solat mereka. Kalau masih di dalam ruang masjid tidak mengapa.
“Boleh jika jemaah terpaksa bersolat di luar ruangan masjid tetapi caranya bersambung di tepi atau di belakang dengan syarat tidak terputus jarak yang jauh, juga mesti nampak pergerakan dan dengar imam,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau berkata, pihak pengurusan masjid dicadangkan membuat permohonan untuk memperbesar ruangan solat sekiranya ia tidak mampu menampung jumlah jemaah yang ramai.
“Saya difahamkan teguran dibuat, bagaimanapun tidak dipedulikan.
"Jadi resolusi terbaik adalah melapangkan ruang masjid berkenaan bagi menyelesaikan masalah,” katanya. - Sinar Harian
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini