Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Indonesia Sahkan Laksana Hukuman Tembak Sampai Mati

No Comment


JAKARTA -Peguam Negara Indonesia mengesahkan enam individu termasuk lima warga asing yang disabitkan dengan kesalahan dadah telah menjalani hukuman tembak sampai mati, sekalipun segelintir masyarakat menentangnya.

Muhammad Prasetya berkata, hukuman keras itu mesti dilakukan kerana kerajaan begitu komited dalam menangani peningkatan kes pengedaran dadah.

Muhammad juga menegaskan, Indonesia perlu dilindungi daripada bahaya dadah.

“Ia satu penegasan daripada kerajaan Indonesia yang tidak mahu berkompromi dengan pesalah, penjual dan sindiket dadah.

“Dadah merupakan jenayah serius. Oleh itu, ia perlu ditangani dengan cara serius. Indonesia perlu dilindungi dari bahaya dadah,” katanya.

Daripada enam individu terbabit, empat adalah lelaki iaitu warga Brazil, Malawi, Nigeria dan Belanda.

Dua lagi adalah wanita iaitu seorang warga Indonesia dan seorang rakyat Vietnam.

Kesemua mereka ditembak sampai mati dalam satu majlis hukuman di Pulau Nusakambangan dan Boyolali.

Presiden Joko Widodo pada Disember lalu menolak permohonan meringankan hukuman mati ke atas tertuduh.

Ini termasuk permohonan daripada Presiden Brazil, Dilma Roussef dan kerajaan Belanda.

Indonesia kini menjadi pasaran dadah terbesar di Asia Tenggara iaitu membabitkan 45 peratus kitaran dadah di rantau ini. – AP
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli