Jakim Akan Perjelas Maksud Sebenar Jihad – Najib
PUTRAJAYA – Rang Undang-Undang untuk menangani ancaman kegiatan militan termasuk yang berkaitan kumpulan Negara Islam (IS) akan dibentangkan di Parlimen pada Mac depan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata, selain undang-undang baharu itu, pihak berkuasa termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan memainkan peranan lebih aktif dalam menperjelaskan mengenai maksud jihad.
“Usaha untuk menangani mereka yang keliru mengenai jihad juga akan diperjelaskan oleh pihak berkuasa yang lain.
“Jakim akan berusaha sedaya upaya untuk menjelaskan makna sebenar jihad,” katanya pada perhimpunan bulanan di pejabat Jabatan Perdana Menteri di sini, Isnin.
Undang-undang baharu itu dicadang dibawa ke Parlimen berikutan pembentangan Kertas Putih Ke Arah Menangani Ancaman Kumpulan IS oleh Najib pada tahun lalu. – mStar Online
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini