Jep Sepahtu Demam Denggi, Adakah Shuib Akan Beraksi Solo Lagi
JEP SEPAHTU KENA DEMAM DENGGI MAMPUKAH JEP BERAKSI MALAM INI?
“Sebenarnya, sebelum saya disahkan terkena jangkitan denggi, saya sudah pun mengalami demam selama empat hari. Mula-mula saya hanya fikir, itu cuma demam biasa dan buat tidak kisah sahaja.
“Saya cuma makan ubat macam biasa dan tidak pergi mendapatkan pemeriksaan di hospital. Tetapi, ada rakan menasihatkan agar saya membuat pemeriksaan doktor kerana suhu badan pada waktu itu mencecah hingga 40.1 darjah Celsius,” demikian kata Jep Sepahtu mengenai kesihatannya sejak seminggu lalu.
Bagi yang masih tertanya-tanya, inilah sebenarnya penyakit Jep yang menyebabkannya tidak muncul beraksi di pentas MLM2014 minggu lalu. Dia terpaksa cuti selama 10 hari dan pulang berehat di kampung halamannya disebabkan demam denggi.
“Saya tidak tahu bagaimana mahu menyebut nama penyakit itu secara saintifik tetapi menurut doktor yang merawat saya, memang saya diserang demam denggi. Selepas menjalani pemeriksaan darah dan sebagainya, saya ambil cuti selama 10 hari dan berehat di kampung,” ujar Jep dipetik sebagai berkata kepada Kosmo.
Untuk info, meskipun suhu badannya sudah kembali normal, namun tahap kecergasannya Jep masih belum pulih sepenuhnya.
Persoalannya sekarang, mungkinkah Jep akan beraksi bersama Shuib malam ini atau Shuib akan tetap solo sekali lagi? Jawapannya hanya terjawab di dalam MLM2014 malam ini!-Kosmo
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini