Jepun Tidak Akan Tunduk Pada Tuntutan Militan IS
TOKYO: Tokyo menyatakan Jepun tidak akan menyerah kalah dalam rundingan untuk membebaskan dua tebusan warga Jepun yang ditahan kumpulan militan negara Islam (IS).
Menurut Timbalan Menteri Luar Jepun, tugasnya adalah untuk membawa pulang warga Jepun tersebut dan beliau akan melakukan yang terbaik.
Kumpulan militan IS meminta Jepun membayar wang pampasan USD200 juta dolar.
Yasuhide Nakayama yang ketika ini berada di Jordan menyatakan, pihaknya menerima maklumat daripada pelbagai sumber dan ia penting dalam usaha untuk membebaskan warga Jepun berkenaan.
Jepun berdepan kesukaran dalam krisis ini susulan tidak mempunyai pengaruh diplomatik yang kukuh di Asia Barat.
Jepun masih tidak membayangkan sama ada akan membayar wang pampasan, namun komited untuk menyelamatkan dua warganya.
Awal minggu ini, Perdana Menteri Shinzo Abe yang berada di Baitulmaqdis dalam lawatan rasmi ke Asia Barat, mendesak kumpulan militan itu segera membebaskan dua tebusan tersebut tanpa dicederakan.
Dalam video yang disiarkan dalam laman web militan tersebut, anggota kumpulan berpakaian hitam yang berdiri di antara tebusan Kenji Goto dan Haruna Yukawa, dilihat mengacukan pisau dan menghalakannya ke kamera. - Astro Awani
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini