Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Jet Pejuang Greece Terhempas, 9 Maut, 20 Cedera

No Comment
Rakaman kamera amatur menunjukkan asap tebal sejurus selepas jet berkenaan terhempas, kelmarin.
Madrid: Sebuah jet pejuang Greece terhempas ketika melakukan latihan ketenteraan NATO di pangkalan tentera udara di Los Llanos, mengakibatkan kematian sembilan anggota Perancis dan dua Greece selain 20 lagi cedera termasuk melecur teruk.

Kementerian pertahanan Sepanyol berkata, jet F-16 berkenaan terhempas kelmarin ke atas lima pesawat yang diparkir - dua milik Itali dan tiga Perancis - apabila hilang kuasa sejurus berlepas.

Anggota bomba berjaya memadamkan api sebelum mayat lapan mangsa ditemui. Mangsa kesembilan, warga Perancis, maut di hospital, semalam.

Setiausaha Agung NATO Jens Stoltenberg berkata kejadian itu amat menyedihkan.

“Tragedi ini dirasai seluruh keluarga NATO. Saya mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan negara yang kehilangan anggota tentera berkenaan. Bagi yang cedera, saya harap mereka sembuh,” katanya dalam satu kenyataan.

Seorang hakim di Valencia kini mengetuai siasatan terhadap kejadian berkenaan.

Sumber kementerian pertahanan berkata, suruhanjaya teknikal turut menyiasat punca kejadian dan akan membuat pemeriksaan terhadap kotak hitam dan bangkai jet berkenaan.

Pangkalan tentera berhampiran bandar Albacete itu sering digunakan untuk latihan ketenteraan elit yang dilaksanakan NATO untuk melatih pasukan keselamatannya dari 10 negara.

Ketua turus tentera udara Perancis Denis Mercier berkata, mangsa rakyatnya terdiri daripada dua juruterbang, seorang pemandu arah dan lima mekanik.

Menurut pihak berkuasa Sepanyol, anggota yang parah pula terdiri daripada sembilan rakyat Perancis dan 11 Itali. ─ AFP
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli