Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kalimah ‘Allah’ Adalah Untuk Semua, Kata Imam Dari New York

No Comment

Penggunaan kalimah 'Allah' tidak boleh hanya ekslusif kepada orang muslim sahaja, kata seorang imam warganegara Indonesia hari ini sambil menyatakan perbuatan itu sebagai salah dan tidak boleh diterima.

"Allah adalah Tuhan dan Tuhan adalah Allah. Bukan hak saya untuk melarang seseorang dari memanggil Tuhan dengan nama 'Allah', kata Shamsi Ali, pengerusi masjid Al-Hikmah di Astroria, New York.

"Jika saya menghadkan perkataan 'Allah' untuk hanya 1.6 bilion orang Muslim, maka saya seolah-olah merendahkan martabat Allah sebagai Tuhan kepada 7 billion manusia," kata Shamsi, mempertahankan penggunaan perkataan Allah oleh orang bukan Islam.

"Ianya salah dan tidak boleh diterima. Siapa yang beri hak kepada orang Muslim untuk memperoleh hak mutlak kepada penggunaan kalimat itu?" kata Shamsi ketika menyertai satu forum di kampus Universiti Teknologi Malaysia di Kuala Lumpur. - Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli