Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kanak-Kanak Dihadkan Masa 30 Minit Menggunakan Peranti Pintar Atau Ibu Bapa Didenda

No Comment

Kita di Malaysia, tahukah ibu bapa waktu penggunaan peranti yang sepatutnya diberikan kepada anak-anak? Itulah persoalan yang sering dibincangkan serta tertanya-tanya oleh golongan-golongan ibu bapa.

Bagaimanapun, terdapat pihak yang percaya, kanak-kanak sepatutnya didedahkan kepada peranti di secepat mungkin iaitu di peringkat masih kanak-kanak agar mereka mempunyai kelebihan menguasi teknologi pada masa akan datang.

Namun begitu, terdapat juga ibu bapa yang mahu mengharamkan peranti-peranti bagi anak-anak mereka sehinggalah suatu usia tertentu.

Biarpun begitu, tahukah anda bekas CEO Apple, Steve Jobs sendiri menyokong pendapat tersebut walaupun beliau adalah nama besar dalam dunia IT.

Namun di Taiwan, menurut laporan sebuah portal, Kotaku, pihak kerajaan di sana telah menetapkan kanak-kanak yang berumur antara 3-12 tahun hanya dibenarkan mengguna peranti selama 30 minit pada sesiap sesi penggunaan.

Sekiranya ibu bapa gagal mengawal masa penggunaan peranti bagi anak-anak mereka boleh didenda sehingga NTD50,000 (RM5,800).

Selain itu, bayi di bawah umur tiga tahun pula langsung dilarang sama sekali menggunakan peranti.

Bagaiamanpun, undang-undang baru itu digubal adalah selepas mendapan saranan daripada golongan doktor yang mengatakan jumlah kanak-kanak dengan masalah mata meningkat sejak kebelakangan ini.

Susulan laporan kerosakan mata itu, merasakan penggunaan peranti pintar adalah punca semakin banyak masalah rabun di Taiwan.

Undang-undang tersebut dibantah oleh majority ibu bapa kerana ia sukar untuk dilaksanakan sekaligus mencampuri hak mereka dalam membesarkan anak-anak mengikut kehendak masing-masing. ─ Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli