Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kanak-kanak Masukkan Adik Baru Lahir Dalam Beg Plastik, Bawa Pergi Sekolah

No Comment

Riyadh:  Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun membawa adiknya yang baru  lahir di dalam beg plastik ke sekolah untuk ditunjuk kepada rakannya.

Menurut  akhbar Ain Ha’al, murid darjah dua itu memberitahu rakannya ibunya melahirkan  bayi lelaki, tetapi mereka tidak mempercayainya.

Untuk  meyakinkan rakannya, dia membawa adiknya itu ke sekolah.

Ibunya  yang masih tidur tidak menyedari perbuatan anaknya sehingga pembantu rumah  mereka menangis meminta tolong.

Di  sekolah, guru yang terkejut menemui bayi berkenaan di dalam beg plastik terpaksa  menelefon polis dan bapa murid itu untuk membawa pulang bayi  berkenaan.

Apabila  disoal gurunya, murid itu berkata, dia hanya mahu menunjukkan kepada rakannya  bahawa dia sudah mempunyai adik. - Agensi
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli