Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Karyawan Tawar Khidmat Guaman Untuk Zamani

No Comment


Sebelum ini kecoh di dada-dada Facebook di mana penyanyi terkenal Zamani yang merupakan Vokalis kumpulan Slam telah diaibkan oleh anggota polis selepas memaksa penyanyi itu menyanyi dalam keadaan bergari.

Susulan kejadin ini, persatuan Karyawan telah tampil untuk memberi khidmat guaman kepada Zamani kerana kejadian tersebut yang dianggap keterlaluan sedangkan beliau berada dalam tahanan kerana kes dadah.


Kisah video ini yang memaparkan Zamani sedang menyanyikan lagu Gerimis Mengundang telah manjadi viral dan rata-rata netizen mengecam tindakan anggota polis tersebut yang merakam dan memuat naik di laman sosial untuk tontonan ramai.

BACA: Orang Ramai Kritik Hebat Zamani Diminta Menyanyi Dalam Keadaan Bergari

Presiden Karyawan Datuk Freddie Fernandez berkata beliau amat kesal dengan rakaman video tersebut dan rasa bertanggungjawab sebagai pemimpin persatuan Karyawan untuk membela anak-anak seni yang teraniaya seperti ini.


“Perkara seperti ini memang tidak patut berlaku, kalau kita lihat dia dalam keadaan bergari dan disuruh menyanyi. Saya rasa mungkin dia sendiri dalam keadaan terpaksa memandangkan tidak mahu menghadapi sebarang akibat kalau enggan menyanyi,” ulas Freddie.

Selain itu turut tampil adalah Presiden Seniman, Zed Zaidi yang mempersoalkan intergriti pihak berkuasa yang diketahui tertakluk kepada etika dan disiplin yang tinggi.

“Bukan setakat golongan artis bahkan imej pihak berkuasa juga tercemar dengan penyebaran video ini,” kata Zed.

Dalam pada itu pengurus kepada Zamani, Johan Aziz memaklumkan pada Khamis, pihaknya memang merancang untuk mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang bertanggungjawab mendedahkan video tersebut kepada khalayak Internet.

Berikutan penyebaran klip penyanyi ini, pihak Polis sangat memandang serius terhadap perbuatan tersebut. Sehubungan itu, siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

BACA: Anggota Polis Terlibat Sebar Klip Video Zamani Dikenalpasti

Hasil siasatan awal setakat ini, pihak polis telah berjaya mengenalpasti anggota polis yang terlibat dan bertanggungjawab dalam merakam dan menyebarkan video tersebut. Disamping itu, Polis Selangor juga masih meneruskan siasatan untuk mengenalpasti pegawai dan anggota lain yang terlibat sama dalam menyebarkan video berkenaan.-Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli