Kelibat Buaya Atas Jalan Disangka Kayu
BATANG SADONG: Seorang pemuda yang melalui sebatang jalan Kampung Lubuk Punggur, Simunjan terkejut apabila objek yang disangkanya batang kayu dari jauh rupanya seekor buaya.
Buaya tersebut dipercayai telah tersesat kerana telah dihanyutkan oleh air pasang besar berikutan banjir yang melanda kawasan tersebut.
Beliau bagaimanapun telah menembak mati buaya tembaga sepanjang 2.7 meter itu itu kerana bimbang akan keselamatannya dan penduduk kampung.
Menurut pemuda itu, semasa beliau sedang melalui kawasan tersebut dia tidak menyangka apa-apa sekepas melihat dari jauh, sekadar memikirkan itu adalahs ebatang kayu dan semasa dia ahmpir baru tersedar itu buaya dan hampir-hampir melanggarnya.
"Selepas sedar kehadiran buaya itu saya terus emnghubungi rakan saya yang mempunyai senapang patah ke tempat itu."
"Pada mulanya, saya nampak sesuatu objek kaku di atas jalan raya seperti sebatang kayu besar. Namun apabila dihampiri rupa-rupanya objek itu adalah seekor buaya," katanya.
Said berkata, rakannya terpaksa melepaskan beberapa das tembakan sebelum reptilia itu dapat dibunuh.
"Kami percaya buaya itu datang dari Sungai Simunjan selepas air pasang besar semalam sebelum ditemui di atas jalan raya di kampung ini," katanya.
Katanya, ini kali pertama buaya ditemukan di kampung tersebut dan bangkai reptilia itu sudah diuruskan oleh penduduk kampung, manakala pihak Jabatan Hutan Sarawak sudah dimaklumkan dengan kes -Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini