Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kenaikan Harga Bahan Mentah Penyebab Harga Makanan Mahal - Peniaga

No Comment

PETALING JAYA: Peniaga mendakwa kenaikan mendadak harga bahan mentah telah memaksa mereka mengenakan caj yang lebih keatas pengguna.

Presiden Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Malaysia, Datuk Lee Teong Chwee mengaku bahawa ahlinya telah menaikkan harga barang kerana benda-benda lain telah menjadi mahal sejak bulan lepas.

Persatuan tersebut kini mempunyai lebih dari 100,000 di seluruh negara.

Menurut beliau, peniaga kini sedang bergelut dengan kenaikan kos bahan seperti daging, sayuran dan makanan lalut yang tidak dijangka selain menambah kos bahan api bukan faktor kenaikan.

"Peniaga hanya perlu membelanjakan antara RM50 hingga RM100 sebulan untu bahan api, jadi ianya hanya perbelanjaan yang kecil", kata beliau memetik laporan dari The Star.

Kata Lee, peniaga tidak boleh menetapkan harga sesuka hati kerana persaingan adalah sengit dan tindakan tersebut(menaikkan harga barang sesuka hati) boleh menyebabkan mereka hilang pelanggan.

"Kenaikan harga biasanya secara beransur-ansur tetapi kenaikan baru-baru ini disebabkan oleh peningkatan kos secara mendadak. Kita tiada pilihan lain.", katanya lagi - Siakapkeli.com.my

Laporan penuh : thestar.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli