Bahan Kimia Meletup di Sekolah
Kuala Krai: Pembersihan sisa banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dabong di sini, semalam berakhir dengan operasi menyelamatkan kawasan daripada bahaya bahan kimia.
Ini berikutan sebotol bahan itu yang berada di makmal sekolah terjatuh dan meletup sebelum mengeluarkan bau gas berisiko kepada persekitaran.
Kejadian disedari sukarelawan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang membersihkan kawasan makmal itu kelmarin dan terus memaklumkan kepada rakan lain.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Penguasa Kanan Bomba II, Hussin Ab Rahman berkata, sebaik menerima panggilan itu, 10 anggota Pasukan Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) Kota Bharu dikerah ke lokasi.
"Selepas menjalankan pemantauan, pihak kami mendapati terdapat beberapa jenis bahan kimia lain dalam makmal itu yang kebanyakan botolnya diselaputi lumpur kerana tenggelam ketika banjir baru-baru ini. - Harian Metro
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini