Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Penstrukturan Semula Bajet 2015 Bakal Diumum Najib Selasa Depan

No Comment

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, sebagai langkah menangani kemerosotan nilai ringgit dan penurunan harga minyak, kerajaan mungkin akan membuat penstrukturan semula Bajet 2015.

Kajian telah dibuat oleh kerajaan berkaitan perkara itu dan akan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 20 Januari ini, katanya.

Kedua-dua faktor ini mempunyai impak positif berbanding negatif. Jadi Perdana Menteri akan membuat pengumuman pada 20 Januari ini.

Matlamat kita adalah menjadi negara berpendapatan tinggi pada 2020. Ini asas kepada kerajaan, swasta, rakyat dan badan bukan kerajaan. Cabaran perlu dilihat daripada segi positif, bukan negatif.” katanya memetik kenyatannya di portal berita The Malaysian Insider.

Tambahnya lagi, mana-mana pihak tidak boleh bergantung kepada kerajaan semata-mata bagi mengatasi masalah tersebut, akan tetapi memerlukan gabungan dari semua sektor termasuk swasta, pekerja dan rakyat. - Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli