Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kes gantung, Australia merayu kepada Indonesia lebih 50 kali

No Comment


SYDNEY 19 Jan. – Australia telah merayu lebih 50 kali kepada kerajaan Indonesia supaya tidak menjatuhkan hukuman terhadap dua rakyatnya yang berdepan hukuman gan*tung, kelmarin.

Menteri Luar Australia, Julie Bishop hari ini berkata, dua rakyatnya Myuran Sukumaran, 33, dan Andrew Chan, 31, dihukum gantung kerana kesalahan mengedar dadah.

Hukuman terhadap kedua-dua mereka dijatuhkan pada 2006 kerana berperanan sebagai ketua sindiket Bali Nine yang ditahan pada tahun 2005 kerana cuba menyeludup keluar lapan kilogram dadah jenis heroin dari Bali.

Sukumaran sebelum ini memberitahu, pengampunannya telah ditolak dan Chan turut dihukum mati selepas Presiden Indonesia, Joko Widodo menyatakan, tiada pengampunan dalam kes tersebut.

Pihak berkuasa memberitahu, kesemua banduan yang disabitkan atas jenayah sama akan menjalani hukuman bersama.

Bishop memberitahu rangkaian berita, Channel 9, pihaknya telah mengadakan pertemuan sebanyak 50 hingga 55 kali dengan pegawai pemimpin Indonesia sejak beberapa tahun lalu.

Bishop berkata, Australia mendapati pelaksanaan hukuman mati itu ‘sangat teruk’ dan berpendapat pengedaran dadah tidak dapat dihentikan, tetapi mengakui Indonesia mempunyai undang-undang sendiri dan kerajaan Indonesia di bawah pimpinan Jokowi telah berjanji untuk bertindak tegas terhadap pengedar dadah.

Sementara itu, Perdana Menteri, Tony Abbott pula berkata, beliau berharap kedua-dua me*reka mendapat pengampunan, tetapi beliau tidak akan berbuat sebarang tindakan yang boleh menjejaskan hubungan antara dua negara.

Jurucakap Agensi Narkotik Kebangsaan Indonesia berkata, jumlah yang dijatuhi hukuman gantung adalah seramai 60 orang dan separuh daripada jumlah itu adalah warga asing, termasuk seorang nenek, Lindsay Sandiford.

Sandiford, dijatuhi hukuman gantung dua tahun lalu, selepas didapati bersalah menyeludup dadah jenis kokain bernilai AS$2.5 juta (RM7.7 juta) ke pulau peranginan terkenal, Bali. – DPA/AFP
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli