Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Restoran Nasi Kandar Line Clear Diserbu

No Comment


GEORGETOWN - Pengusaha restoran Nasi Kandar Line Clear di Jalan Penang, di sini, tidak puas hati dengan tindakan penguat kuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) yang didakwa bertindak merampas meja dan kerusinya kerana tidak kosongkan premis itu, tanpa sebarang notis, semalam.

Pengusaha itu, Hashim Abdul Hamid mendakwa kira-kira 40 penguat kuasa MPPP merampas meja, kerusi dan tempat membancuh minuman, kira-kira jam 3 pagi.

“Segala-galanya berlaku dengan pantas dan pekerja saya tidak sempat membuat apa-apa.

“Kesemua kerusi, meja dan tempat menyediakan minuman dirampas MPPP melainkan beberapa kerusi dan meja yang sedang digunakan pelanggan,” katanya kepada media, di sini.

Hashim berkata, beliau membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, di sini.

Sementara itu, MPPP dalam satu kenyataan berkata: “Tindakan itu diambil selaras dengan peruntukan Undang-undang Kecil Penjaja 1979. Ia dikenakan kerana pengusaha berkenaan menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen bagi tahun 2015.”

Menurut kenyataan itu, MPPP sudah mengeluarkan lesen kepada pengusaha baharu restoran itu mengikut keputusan pada 8 Oktober lalu.

Sebelum ini, restoran berusia 85 tahun itu berhadapan masalah perebutan hak milik antara keluarga namun ia sudah diselesaikan secara rundingan yang turut disertai wakil MPPP dan Persatuan Liga Muslim Pulau Pinang.

Difahamkan, menerusi rundingan itu, pengurus restoran yang menjalankan operasi sepanjang tahun lalu, Abdul Hamid SN Seeni Pakir perlu menyerahkan perniagaan tersebut pada 31 Disember lalu kepada salah seorang daripada tiga individu yang menuntut perniagaan itu.
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli