Bahagian ekor pesawat yang telah dibawa naik oleh pasukan mencari dan menyelamat. |
Kotak hitam pesawat AirAsia QZ8501 yang terhempas baru-baru ini telah ditemui di Lautan Jawa kata pihak berkuasa Indonesia di dalam satu kenyataan.
Menurut Ketua Direktorat Pengangkutan Marin Negara, kotak hitam akan dibawa naik dari dasar laut pada hari Isnin ini (esok).
Sebelum ini, signal kuat dari kotak hitam itu telah dikesan tidak jauh dari tempat ekor pesawat tersebut dijumpai.
"Signal ping itu dikesan kira-kira 1 km dari lokasi ekor pesawat ditemui," kata SB Supriyadi, Pengarah Operasi dan Latihan Badan SAR Nasional.
Menurut Supriyadi, terdapat kemungkinan besar kotak hitam itu berada berdekatan dengan badan pesawat.
Pesawat Airasia QZ8501 terhempas di Lautan Jawa pada 28 Disember lepas ketika dalam perjalanan dari Singapura ke Surabaya, Indonesia. - Siakapkeli.com.my