Siti Nurhaliza Sumbang RM310,000 Hadiah Hari Jadi Untuk Mangsa Banjir
KUALA LUMPUR: Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin menyumbangkan hadiah sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-36 dengan memberikan wang yang dikumpul berjumlah RM310,000 kepada mangsa-mangsa banjir.
Siti berkata, hadiah yang diterimanya pada tahun ini paling bermakna selepas individu dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) turut membantu bagi tujuan tersebut.
"Alhamdulillah beberapa individu tampil memberi hadiah kepada saya untuk disumbangkan dan jumlah keseluruhan kami berjaya kumpul ialah sebanyak RM310,000 untuk disalurkan kepada mangsa banjir.
"Yayasan Nurjiwa milik saya dan suami turut menyumbangkan sebanyak RM50,000 untuk tujuan itu," katanya kepada mStar Online.
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini