Mangsa Banjir Di Pahang Terus Berkurangan
KUANTAN – Bilangan mangsa banjir di Pahang semakin berkurangan walaupun daerah Pekan masih merekodkan jumlah tertinggi berbanding tujuh daerah lain.
Sehingga jam 8 pagi tadi terdapat 29,547 mangsa daripada 8,032 keluarga masih berada di 126 pusat pemindahan.
Daripada jumlah mangsa itu, daerah Pekan membabitkan 11,153 orang di 37 pusat pemindahan manakala Temerloh 10,576 orang di 43 pusat pemindahan.
Daerah Maran pula terdapat 2,771 orang di 18 pusat pemindahan, Bera 2,352 orang di 15 pusat pemindahan, Jerantut 1,534 di lapan pusat pemindahan dan Lipis seramai 31 orang di sebuah pusat pemindahan.
Cuaca cerah sejak beberapa hari lalu juga membolehkan mangsa yang sudah pulang ke rumah mencuci dan membersihkan kawasan masing-masing. – BH Online
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini