Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Mayat Ke 9 Nahas Pesawat AirAsia QZ8501 Berjaya Ditemui

No Comment


PENGKALAN BUN: Sembilan mayat telah ditemui setakat ini di dalam operasi mencari dan menyelamat pesawat QZ8501.

Perkara ini telah disahkan oleh Ketua Badan SAR Nasional (Basarnas) Bambang Soelistyo.

Daripada sembilan mayat itu, lapan telah diterbangkan ke Surabaya, Jawa Timur, dari Pengkalan Bun di Kalimantan Tengah.

Hanya satu masih berada di atas kapal kerana tidak dapat dipindahkan kerana cuaca yang buruk, kata Bambang.

Hari ini, mayat pertama nahas pesawat itu dikenal pasti sebagai Hayati Lutfiah Hamid yang berasal dari Sidoarjo, Surabaya, menurut Pusat Pengecaman Mayat Mangsa Bencana (DVI).

Beliau dikenal pasti berdasarkan bedah siasat, padanan cap jari dan barangan peribadi milik mangsa.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Indonesia Sunu Widyatmoko telah menyerahkan mayat Hyati kepada keluarganya di Hospital Bhayangkara di Surabaya.

Pesawat AirAsia QZ8501 dengan 155 penumpang dan 7 anak kapal dalam perjalanan ke Singapura hilang pada 28 Disember.-Astro Awani
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

    Loading...
    ©2014 Siakapkeli