Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

QZ8501: Khairunisa 'Pulang' Lebih Awal Dari Yang Dirancang

No Comment


PALEMBANG: Jenazah arwahyarhamah Khairunisa Haidar Fauzie, pramugari pesawat AirAsia QZ8501 yang kemungkinan akan diserahkan kepada keluarganya esok selepas proses pengecaman dan bedah siasat dilakukan.

Keluarga pramugari itu telah bersedia menerima jenazahnya untuk dibawa pulang ke kampung halamannya di Palembang. Jika semuanya selesai jenazah akan diserahkan pada hari ini 2/1/2014.

Menurut Sepupu kepada Khairunisa iaitu Ivan, ibu kepada Khairunisa sedang berada di Surabaya   dan ibu saudaranya itu akan pulang hari esok(hari ini) tetapi tidak tahu pada jam berapa mereka akan bertolak pulang. Katanya yang ditemui dirumah keluarga Khairunisa.


Menurut Ivan lagi, sebelum dikebumikan jenazah Khairunisa akan dibawa balik kerumah ini dahulu kerana ingin menunaikan keinginan beliau yang merancang akan pulang ke kampungnya pada awal Januari.

"Nisa telah merancang untuk pulang ke kampung pada 6 Januari nanti, jadi kami dan sekeluarga telah bersepakat untuk memenuhi keinginan beliau untuk pulang ke rumah dulu sebelum di kebumikan di tanah perkuburan keluarga kami di kawasan Bukit Lama Palembang," ujar Ivan.

Jenazah Khairunisa sekarang masih dalam proses mengenal pasti identiti untuk kali kedua walaupun semasa ditemui terdapat tanda nama pada baju seragam yang dipakainya.-Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli