MB Selangor Sangkal Dakwaan Perak Enggan Terima Bantuan
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali hari ini menyangkal dakwaan kononnya Perak enggan menerima bantuan kewangan RM100,000 yang diperuntukkan kerajaan Selangor kepada mangsa banjir di negeri jiran itu.
Beliau berkata ini berikutan pejabat Menteri Besar Perak sendiri telah mengesahkan penerimaan bantuan yang disampaikan dalam bentuk cek itu.
"Saya tidak ada maklumat itu (cek ditolak) kerana faktanya ialah cek itu sudah diserahkan dengan tangan kepada Perak baru-baru ini dan pejabat Menteri Besar (Perak) Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir telah mengesahkan penerimaan cek berkenaan.
"Saya tidak mahu komen tentang hal itu (ditolak) kerana saya nyatakan apa yang berdasarkan maklumat di tangan saya," katanya kepada pemberita di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini.
Mohamed Azmin mengulas dakwaan Perak telah menolak bantuan berjumlah RM100,000 yang diserahkan kerajaan negeri Selangor bagi membantu mangsa banjir di Perak seperti yang dilaporkan sebuah portal berita semalam.-Astro Awani
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini