Nicki Minaj Dedah Rahsia Nyaris Maut Gugurkan Kandungan
PENYANYI Nicki Minaj mendedahkan dia nyaris maut selepas cubaannya menggugurkan kandungan ketika di zaman remaja.
Menurut laporan Rolling Stone, keadaan itu masih lagi menghantui dirinya sehingga kini apatah lagi dia masih muda dan tidak tahu apa yang perlu dilakukannya pada waktu itu.
"Ingatkan saya dah nak mati apabila cuba menggugurkan sendiri kandungan. Ia adalah saat-saat yang amat berat dalam hidup yang pernah dilalui.
"Apatah lagi mental dan fizikal saya belum bersedia untuk mempunyai anak. Ia turut mempengaruhi kehidupan saya selepas itu" katanya.
Tambah pelantun lagu Anaconda ini, walaupun ia membuatkan dia merasakan menjadi seorang wanita yang tidak bertanggungjawab, namun dia percaya sesebuah pengalaman buruk boleh dijadikan pengajaran dalam meneruskan kehidupan pada masa akan datang.
"Ia membuatkan saya lebih matang dalam membuat sesebuah keputusan," ujarnya. - mStar Online
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini