Jika anda merasakan kiub rubik yang bersaiz 3x3x3 sudah susah untuk diselesaikan, bayangkan bagaimana cara nak selesaikan kiub rubik bersaiz 17x17x17.
Kiub rubik itu dicipta oleh Oskar van Deventer dan kiub tersebut mempunyai sebanyak 66.9 quinquagintatrecentillion (6.69 * 10^1054) posisi yang berlainan.
Video penyelesaian ini dibawakan oleh Kenneth Brandon atau nama samarannya RedKB. Menurut RedKB, cara penyelesaian kiub ini sama sahaja seperti cara penyelesaian kiub rubik 7x7x7 atau 5x5x5 tetapi ia memerlukan masa yang lebih panjang.
Menurut RedKB lagi, cara yang paling baik untuk menyelesaikan kiub rubik ini adalah dengan kadah pengurangan, iaitu dengan menyelesaikan kawasan tengah sebelum beralih ke kawasan tepi. Dengan menggunakan kaedah ini, RedKB berjaya menyelesaikan kiub rubik tersebut dalam masa 7 jam setengah.
Bagi yang mempunyai masa yang panjang untuk dihabiskan boleh melihat video penuh selamat tujuh jam setengah dibawah atau bagi yang mahu melihat previu, boleh melihat di dalam video yang berdurasi enam minit setengah yang dilampirkan dibawah. - Siakapkeli.com.my
Video Previu
Video penuh